Baru-baru ini dimaklumkan, pelakon terkenal telah direman untuk tempoh tiga hari kerana disyaki menumbuk serta menendang pengawalan keselamatan di kondominium Segambut, Khamis lalu.
Difahamkan suspek yang berumur lingkungan 30-an itu menendang serta menumbuk mangsa kira-kira jam 8.30 malam dan itu dimaklumkan sendiri oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Habibi Majinji.
Dalam pada itu, beliau juga memberitahu kejadian berlaku selepas suspek menyuruh rakannya membelikan minyak masak.
Memetik dari laporan mStar, suspek telah menumbuk dan menendang muka, dada, perut serta belakang. Bukan itu saja, pelakon berkenaan juga mengugut mangsa untuk membunuhnya.
Menurut Habibi lagi, mangsa telah membuat laporan polis sebelum Bahagian Siasatan Jenayah Polis Daerah Sentul menangkap suspek di kediaman yang sama malam semalam.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.