Pelakon Datin Eina Azman ucap rasa syukur setelah suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah telah dibenarkan untuk pulang ke rumah setelah 12 hari mendapat rawatan di hospital akibat wabak COVID-19.
Menerusi perkongsiannya di Instagram semalam, beliau memberitahu bahawa suaminya sebelum ini berada di tahap keempat COVID-19 dengan 30 peratus paru-paru sudah dijangkiti.
Tambahnya lagi, tahap oksigen juga tidak menentu menyebabkan dirinya berasa gelisah dan bimbang sekiranya suaminya dimasukkan ke wad unit rawatan rapi (ICU).
View this post on Instagram
Kalau boleh saya memang tak nak suami suami saya masuk ICU. Hanya Allah saja yang tahu perasaan saya yang tak senang duduk.
Dalam pada itu, ketika tempoh 12 hari yang mendebar itu, Eina memikirkan pelbagai cara dan ikhtiar bagaimana hendak menyembuhkan suaminya.
Ibu kepada dua orang cahaya mata itu turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan dirinya dan suami termasuklah yang membacakan Yassin serta membuat solat hajat.
Alhamdulillah.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.