Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Doakan Suami Saya..” – Paras Oksigen Suami Eina Azman Menurun

Eina Azman dan suami

Suami pelakon, Datin Eina Azman iaitu Datuk Kaiser Gurmeet Abdullah dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur semalam, kerana paras oksigen semakin menurun akibat daripada jangkitan virus COVID-19.

Advertisement

Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman menerusi hantaran di Instagram, memohon orang ramai mendoakan kesihatan suaminya itu supaya kembali sihat seperti sedia kala.

Doakan suami saya sebab oksigen suami saya semakin menurun sehingga perlu pakai bantuan oksigen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ???? ????? (@eina_azman)

Dalam pada itu, Eina turut meninggalkan pesanan buat suami tercinta agar diberikan kesembuhan dengan segera dan pulang ke pangkuan dia serta anak-anak mereka.

Advertisement

Eina Azman dan suami

Terdahulu, pelakon The Maid ini ada memaklumkan bahawa dirinya, suami dan dua pembantu rumah disahkan positif COVID-19, namun kedua-dua anaknya iaitu Arianna Aubrey dan Karl Kareef yang kini sudah berusia lima tahun tidak dijangkiti virus tersebut.

Semoga diberikan kesembuhan yang segera buat suami Eina.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 Comments

  1. Lokmak

    September 3, 2021 at 2:08 pm

    kadang2 tu la..Allah nk tunjuk, konsep pencegahan atau ikhtiar yang di kempen kan oleh semua ni (yg dikatakan harus menurut ustad2)..tup tup dah vax 2 kali pun boleh kena balik..stage 3 n 4..awal dulu kata mild ja.harap semua boleh buka mata hati la ni..lepas ni cakap..oo sbb dah lama vax imun badan dah menurun..so kena jab lagi..dan lagi..dan lagi..gaisss wake up!!

  2. Anonymous

    September 2, 2021 at 11:42 am

    boleh tu melintas oksijen supaya naik %nya.
    samalah seperti melintas negeri untuk dapat vaksinnpotong que orsngb

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...
To Top