“Tempat Bahtera Nuh Mendarat” – Isu Gunung Jerai Jadi Tempat Amalan Khurafat, JHEAIK Mula Siasatan

Berita

“Tempat Bahtera Nuh Mendarat” – Isu Gunung Jerai Jadi Tempat Amalan Khurafat, JHEAIK Mula Siasatan

Tular di media sosial TikTok baru-baru ini yang memaparkan beberapa individu melakukan aktiviti tidak bertanggungjawab dan melanggar hukum agama bertempat di puncak Gunung Jerai, Kedah.

Berikutan itu, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) memaklumkan kepada media mereka kini telah pun memulakan siasatan di atas video yang tular tersebut, seperti laporan Utusan Malaysia.

Advertisement
Amalan khurafat fdi gunung jeraiSumber : TikTok  

Kata Datuk Mohd Yusri Daud selaku pengarah JHEAIK, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 4 dan Seksyen 6 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2014 atas kesalahan doktrin palsu dan menghina atau menyebabkan dipandang hina agama Islam.

Dalam hantaran yang menjadi tular itu, antara dakwaan golongan yang mengamalkan amalan khurafat ini adalah mereka menganggap Gunung Jerai sebuah tempat suci di mana ia merupakan kawasan tempat bahtera nabi Nuh mendarat, tempat Saidina Uthman & Ali berehat dan juga tempat turunnya Nabi Adam A.S.

Malah, ada juga antara mereka yang mendakwa mendapat petunjuk mistik dan perlu melakukan ritual khas sebelum naik ke atas puncak Gunung Jerai.

Dalam pada itu, JHEAIK memaklumkan bahawa pihak mereka kini rancak mengadakan siri-siri penerangan mengenai amalan khurafat dalam masyarakat.

“Kita meminta agar masyarakat sentiasa peka dan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti yang bercanggah dengan agama Islam untuk diambil tindakan.” ujarnya.

datuk glamor diburu polis
6 bulan lalu

Terajang, Paksa Amah Umur 60 Tahun Kerja Tanpa Gaji, 'Datuk Glamor' Kini Diburu Kedutaan Indonesia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...