Seorang Datuk dipercayai ‘wanita glamor’ yang sering menghiasi muka depan pelbagai majalah gaya hidup dan mengurus sebuah yayasan kebajikan didakwa telah melakukan penderaan fizikal ke atas pembantu rumahnya.
Pembantu rumah yang berusia 60 tahun dan berasal dari Indonesia itu memaklumkan bahawa dia telah dikasari secara fizikal oleh majikannya sebelum berjaya melarikan diri.

Lapor Free Malaysia Today, wanita yang dikenali sebagai Satuni (bukan nam sebenar) telah dipukul, ditampar dan diterajang oleh Datuk itu selain tidak dibayar gaji selama empat bulan bekerja di kediaman banglo yang terletak di Shah Alam itu.
Satuni yang kini berada di Kedutaan Indonesia, Kuala Lumpur untuk berlindung itu sedang menunggu masa untuk pulang ke kampung halaman.
Pukul 5 atau 6 pagi sudah bangun untuk kerja. Sampai pukul satu malam baru masuk bilik untuk berehat. Sampai lupa mahu makan, mahu sarapan, nangis saya hari-hari.
Kata Satuni, Datuk itu mempunyai tiga orang anak dan seorang anak angkat yang sering menghinanya.

Manakala bagi Yati (bukan nama sebenar) yang juga bekerja dengan majikan yang sama, mereka nekad untuk melarikan diri setelah tidak tahan dengan penganiayaan tersebut.
Hari-hari selalu dimarahi, setiap masa. Kalau Datuk mahu keluar, saya kena pakaikan kasut di kaki. Kalau salah sedikit, itu langsung ditendang.
Maklum FMT, kini wakil kedutaan Indonesia sedang berusah untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap Datuk berkenaan bagi mendapatkan keadilan buat Satuni.
Anonymous
May 30, 2022 at 2:40 pm
jangan mudah percaya kata2 amah indonesia ni kadang2 dorang suka menipu dan menyalahkan majikan tak semua majikan yang salah, kena siasar betul2..
Anonymous
May 30, 2022 at 11:13 am
beri nama si datuk ni, boleh kita netizen sekolahkan datuk tu
Anonymous
May 29, 2022 at 4:30 pm
Semoga semua perusahaan datuk itu bankrupsi dan dia hidup hina kerana menyakiti org lain