Tempah Penari Separuh B*gel Sempena Rumah Terbuka, Instafamous ‘Dicekup’ Polis

Berita

Tempah Penari Separuh B*gel Sempena Rumah Terbuka, Instafamous ‘Dicekup’ Polis

Lapor Kosmo Online, seorang Instafamous yang dikenali sebagai Cik Lala dilaporkan telah ditahan pihak polis berikutan tindakannya menempah beberapa orang penari pondan bagi aktiviti rumah terbuka sempena sambutan Aidilfitri, semalam.

Kejadian yang berrlaku di Apartment berlokasi di Centralwalk I-City itu membawa kepada penahanan usahawan kosmetik itu setelah pihak polis menerima laporan daripada pengurus Badan Pengurusan Bersama (JMB) bangunan kediaman tersebut.

Advertisement
miss lala penari separuh bogelSumber : Harian Metro 

Ini berikutan penduduk berasa terganggu dengan pembakaran bunga api dan juga aktiviti tarian separuh bogel penari-penari pondan berkenaan di kawasan perumahan tersebut.

Malah, kejadian itu turut menjadi tular di TikTok.

Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim yang memaklumkan kejadian itu telah berlaku antara jam 8 malam sehingga 11.30 malam di sebuah dewan aras bawah Centralwalk I-City.

Ujar Iqbal, sekumpulan penari pondan itu telah membuat tarian separuh bogel berserta muzik yang kuat selain pembakaran bunga api di kawasan awam.

Penganjur program yang dikenali sebagai Cik Lala telah menyewa unit berkenaan pada harga RM4,000.

Ini adalah bagi majlis hari raya dengan jemputan seramai 50 orang yang terdiri daripada kawan-kawannya.

Manakala suspek kini direman sehingga esok dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 509 kanun keseksaan, Seksyen 6 Akta Bahan Letupan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

amalan khurafat di gunung jerai
2 years ago

"Tempat Bahtera Nuh Mendarat" - Isu Gunung Jerai Jadi Tempat Amalan Khurafat, JHEAIK Mula Siasatan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...