Telatah Dua Budak Kecil Gaduh Manja Buat Netizen Terhibur

Trending

Telatah Dua Budak Kecil Gaduh Manja Buat Netizen Terhibur

Anak merupakan rezeki yang diberikan Allah SWT kepada pasangan suami isteri. Ada yang memiliki anak yang ramai dan begitu juga sebaliknya. Kehadiran anak atau budak kecil dalam keluarga mampu mengubah suasana keluarga di rumah.

Seperti yang kita tahu, ibu bapa serta keluarga yang mempunyai anak kecil di rumah sememangnya mempunyai suasana rumah yang lebih riuh dan kecoh.

Advertisement

5 bulan lalu

Ramai Terhibur Ragam Budak Kecil Kejar 'Uncle' Roti

Ya lah mana tidaknya, budak kecil atau kanak-kanak ini berada di dalam fasa yang baru hendak mengenal dunia dan suka mencuba perkara baru. Kalau mempunyai seorang budak kecil di rumah pun boleh kecoh, apatah lagi kalau ramai kan?

Namun, jika mereka bersama adik-beradik atau saudara yang sama lingkungan umur, sudah pasti kadangkala mereka akan bergaduh dan cari pasal sesama mereka. Lagi lah bertambah kecoh rumah.

Dua orang budak kecil bergaduh manja sehingga menangis raih tumpuan ramai

Baru-baru ini tular di laman media sosial TikTok, sebuah perkongsian video oleh teemakhul yang memaparkan telatah dua orang budak kecil terdiri daripada seorang lelaki dan seorang perempuan ketika duduk di halaman rumah.

Advertisement

Apa yang mencuit hati ramai penonton video tersebut adalah apabila budak lelaki tersebut secara tiba-tiba bertindak mencari pasal dengan menarik rambut budak perempuan itu.

Labih melucukan apabila budak perempuan itu tidak hanya duduk diam ketika diusik lantas membalas tindakan itu dengan cara menggigit tangan budak lelaki tersebut.

Budak perempuan menggigit tangan budak lelaki

Tangkap layar tindakan budak perempuan itu menggigit tangan budak lelaki tersebut – via TikTok

Budak lelaki tersebut kemudiannya terus menangis kerana kesakitan. Perkongsian video tersebut lebih mencuri perhatian ramai kerana berkapsyenkan “perempuan tak pernah salah”. Itu lah ‘adik’, lain kali jangan cari pasal dengan perempuan, kan dah kena gigit.

Play victim.. dia yang kacau dia yang menangis bila kena gigit”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 2.9 juta tontonan, 198.8 ribu like dan 7.7 ribu komen. Rata-rata netizen berasa terhibur melihat telatah dua budak kecil sedang bergaduh manja itu.

Ramai juga yang berseloroh mengatakan memang budak perempuan itu tidak salah kerana budak lelaki itu yang mencari pasal dengannya dahulu.

Komen di tiktok tentang telatah dua budak kecil bergaduh

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

 

Advertisement
Komen di tiktok tentang telatah dua budak kecil bergaduh

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Tidak kurang juga yang ‘geram’ dengan budak lelaki tersebut kerana dia yang mencari pasal tetapi kemudiannya dia yang menangis apabila budak perempuan itu membalas.

Kelakar betul telatah dua orang budak kecil ini. Ala, gaduh manja sahaja tu, lepas ini mesti berkawan dan bermain sama-sama balik. Biasa lah budak kecil.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...