Tegur Hobi Suami Hisap Vape, Diana Rafar Tiada Niat Aibkan Suami, Hanya Sekadar Bergurau

Hiburan

Tegur Hobi Suami Hisap Vape, Diana Rafar Tiada Niat Aibkan Suami, Hanya Sekadar Bergurau

Abang Nara memang kurang gemar berkongsi ayat-ayat panjang yang boleh menimbulkan salah faham di laman sosial. Walaupun niat kita bergurau atau sekadar suka-suka, ia memang akan mudah disalaherti oleh orang lain. Baru-baru ini Diana Rafar telah memuat sekeping gambar dengan caption yang seolah-olah menegur hobi suaminya, Zamarul Hisham menghisap vape. Ramai yang kecewa dengan teguran itu kerana Diana Rafar dilihat menjatuhkan maruah dan membuka aib suami sendiri.

diana rafar vape

Advertisement

Seperti yang Abang Nara jangkakan, memang sebenarnya caption yang ditulis oleh Diana Rafar sekadar gurauan semata-mata dan tidak langsung berniat untuk mengaibkan suami sendiri. Terang Diana Rafar:-

Takkan saya nak aibkannya kerana minatnya itu. Saya masih waras untuk bertindak sedemikian. Jika baca dan teliti ayat itu, saya sekadar meminta pandangan. Tak ada satu pun perkataan merendahkan martabatnya sebagai suami. Lagipun, jika anda mengikuti Instagram Zamarul, dia selalu bergurau dengan keterangan sama.

Suami tak cakap apapun apabila saya muat naik gambar berkenaan. Pada saya, hanya mereka yang tak cerdik saja akan jadikan ia isu. Peminat yang faham perkara itu sekadar gurauan, mereka pandang dari sudut positif.

Pada mulanya, terkejut juga apabila kebanyakan komen berbaur negatif. Tak sangka orang kita terlalu prihatin sedangkan apa saya buat itu bukan untuk mencuri perhatian atau mencari publisiti murahan. Saya berani katakan, tidak ada salahnya perkara berkenaan. Ia perkara biasa bagi saya dan suami.

diana rafar vape

Secara jujur, di masa hadapan tak perlulah tulis perkara-perkara yang boleh menimbulkan salah faham kepada para pengikut, lebih-lebih buat seorang selebriti seperti Diana Rafar. Salah faham memang senang berlaku di laman sosial. Sebelum nak upload tue, baca 2,3 kali dulu. Kalau rasa-rasa boleh timbulkan kontroversi, tekan sahaja butang ‘cancel’. Tak gitu? Apa pendapat anda? Sumber Harian Metro.
diana rafar vape

P.S: Blouse dengan rekaan yang menarik dan sopan di www.iziefashion.com. Semua produk adalah READY STOCK. FREE POSTAGE bagi pembelian RM100 ke atas. Harga dijamin berpatutan dan semua design boleh dilihat di website IzieFashion, Instagram IzieFashion & Facebook Iziefashion.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...