Reaksi Diana Rafar Terhadap Zamarul Hisham Yang Obses Dengan Vape

Hiburan

Reaksi Diana Rafar Terhadap Zamarul Hisham Yang Obses Dengan Vape

Vape ataupun rokok elektronik ni memang dah jadi satu trend dekat Malaysia sekarang, mana-mana korang pergi mesti akan ada kaki vape yang berkumpul tidak kisah lelaki ataupun perempuan. Menggunakan wap dan bukannya tembakau kini kedai vape tumbuh ibarat cendawan selepas hujan.

Ada yang sanggup untuk menghabiskan duit untuk memiliki mod terbaik dan pelbagai jenis perasa.  Untuk pengetahuan anda, pelakon Zamarul Hisham antara peminat vape dan baru-baru ini Diana Rafar menerusi akaun Instagram beliau telah meluahkan rasa “kecewa” apabila suaminya itu mengumpul pelbagai jenis mod dimana Diana menganggap ia sebagai satu pembaziran.

Advertisement

Ya Allah tak dapat diungkap ngan kata2.. Hanya mampu memendam jelah… Nk tegur kang kecik hati pulak .. Minta tolong folowers kesayanganku semua tegur kan abg @zamarulhisham93 kita ni boleh tak… Tak kisah kalau dia nak hisap vape tp boleh tak suh dia berhenti kumpul vape pls… Dosa papa Allah marah membazir Allah tak suka… Semua colour semua brand dia nak beli… Cam mana nak buat ni???? rasa nak suh tutup je kedai vape @hembusvapor kat bawah ni???? vapeoff pls…. Sape sokong diana tolong bg nasihat kat @zamarulhisham93 .ni mesti semua geng abg lah ni sorry pa.

Sebenarnya tak salah pun untuk vape ni dan anda kena faham kaki vape tegar sanggup keluar duit demi minat mereka. Cuma, kalau nak vape tu biarlah kena pada tempatnya dan jagalah hati orang lain. Kadang-kadang sampai dalam shopping mall pun nak hembus je asap tu dengan rasa bangga.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...