Seringkali kita dengar pengasas produk-produk kecantikan berasal dari Kelantan, dan tidak boleh dinafikan kejayaan mereka dalam bisnes masing-masing menunjukkan kehebatan mereka dalam berniaga.
Baru-baru ini video yang dimuat naik di Twitter di mana perjumpaan itu telah dihadiri oleh usahawan-usahawan berjaya dari negeri tersebut.
Bincangkan ?? pic.twitter.com/fk3F3JclSb
— f ??? ck (@facktura) May 31, 2022
Video memaparkan usahawan memperagakan pakaian-pakaian yang cantik dan juga kereta-kereta yang terdiri daripada jenama mewah.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengagumi kejayaan wanita-wanita Kelantan dalam berniaga yang rata-ratanya pandai menjalankan bisnes.
Walaubagaimanapun, tidak semuanya menyokong usahawan-usahawan berkenaan kerana bagi sesetengah netizen ada usahawan yang menjual produk yang berbahaya kepada pengguna.