Selebriti media sosial, Aisar Khaled sekali lagi mengundang kecaman netizen apabila dia bertindak membuat video menziarahi pusara Siti Sarah yang bagi netizen, sebagai sebuah perbuatan tidak sensitif dan bertujuan mengaut keuntungan.
Aisar yang sebelum ini beberapa kali dikritik netizen kerana sering membuat video tidak sesuai untuk tontonan dipercayai memuat naik video tersebut di saluran Youtube miliknya, semalam.
Menerusi video tersebut, Aisar telah menziarahi pusara Siti Sarah hanya dengan berada di luar pintu pagar tanah perkuburan tersebut dan melakukan sedikit ulasan mengenai pemergian penyanyi itu di dalam kereta.
Tidak hanya dengan itu, Aisar juga sempat menganjurkan peraduan dengan menawarkan hadiah wang tunai bernilai RM100 kepada pemenang bertuah.
As salam semua. Saya telah pon delete video tersebut. Saya mintak maaf sangat2 atas keluarga arwah dan juga tidak berfikiran jauh sebelum upload video tersebut. Won’t repeat it again. Mintak maaf ya semua. ?? . Minta Maaf lagi sekali saya sedar kesilapan saya .
— Aisar_Khaledd (@aisar_khaled) August 9, 2021
Namun, setelah mendapat kecaman bertubi-tubi daripada netizen, Aisar kemudiannya memadam video tersebut dan membuat permohonan maaf.
Terdahulu, nama Aisar mendapat perhatian pengguna media sosial apabila dia dilaporkan memakai baju ketat ketika menerima vaksin, melakukan pembaziran gel penyejuk badan dan tidak mengimbas kod MySejahtera ketika menjamu selera di restoran.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.