Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Pakai Baju Ketat Ketika Suntik Vaksin, Aisar Khaled Dikecam Lagi

Aisar Khaled

Personaliti media sosial, Aisar Khaled sekali lagi mencuri perhatian warga maya apabila dia dilihat memakai pakaian yang agak ketat ketika proses suntikan vaksin dipercayai dilakukan pada hujung minggu yang lalu.

Aisar juga difahamkan telah ditegur petugas di pusat vaksinasi tersebut mengenai pemakaiannya.

Advertisement
View this post on Instagram

 

A post shared by ? ??????????? ? (@aisar_khaledd)

Perkara tersebut turut dikongsikan Aisar menerusi sebuah hantaran di Instagram untuk tatapan peminat dan juga pengikut media sosialnya.

“Boleh pulak pakai baju ketat nak cucuk vaksin, badan dah besar. Lepasni dah boleh kot shopping baju XXXXL senang sikit nak cucuk..” tulis Aisar di bahagian kapsyen hantaran video tersebut.

Meninjau ruangan komen, ramai peminat tampil meluahkan rasa tidak puas hati dan geram serta mengecam tindakannya yang tidak cakna tentang tatacara berpakaian yang disarankan kerajaan.

“Orang dah cakap awal-awal suruh pakai pakaian yang senang untuk orang cucuk vaksin. Ignorance je lebih. Takkan tak alert kot. Kata social media influencer, apa lah..” tulis seorang pengguna media sosial.

Selain isu pakai baju ketat, netizen juga turut mempersoalkan petugas kesihatan yang memberi suntikan tidak memakai sarung tangan ketika proses berlangsung.

Terdahulu, Aisar pernah dikecam kerana tindakannya membeli pelekat dahi secara banyak dan menggelarnya sebagai ‘babi air’.

BACA: “Ratu Akan Tampar Sekor-Sekor” – Safiey Illias Bengang Aisar Dikecam

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 Comments

  1. Momo

    June 24, 2021 at 12:57 am

    Geli lah siak..kau pkr sexy ke hanet..seksa ada lh..adehh

  2. tecit

    June 22, 2021 at 11:06 am

    aduhaiiiiiilahhh. pikir nak hemsem je kan. aku punye la jenuh siap test siap2 singsing lengan kt rumah mase pilih baju. choy2.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top