Kepelbagaian kaum dan juga etnik di Malaysia menjadikan negara ini sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai variasi makanan untuk dinikmati bersama.
Tidak kiralah Melayu, Cina, India atau lain-lain bangsa, boleh dikatakan makananlah yang menyatukan kita semua.
Namun, baru-baru ini seorang gadis yang dikenali sebagai Farahin ada berkongsi pengalamannya bersama World Of Buzz apabila dia mendakwa telah dipersoal oleh penghantar makanan kerana memesan daripada restoran bukan muslim.

Bagi Farahin, dia merasakan tidak salah untuknya memesan makanan daripada mana-mana kedai daripada bangsa lain, asalkan halal.
Difahamkan, dia telah menerima mesej daripada ‘rider’ penghantar makanan yang bertanyakan sama ada dia seorang muslim setelah memesan thosai dan idly daripada restoran makanan India yang berlokasi di Sungai Buloh.

‘Rider’ itu kemudian memaklumkan bahawa makanan yang ditempahnya itu bukan daripada restoran mamak tapi milik bangsa India sepenuhnya.
Perkara tersebut membuatkan Farahin tertanya-tanya sama ada terdapat ‘peraturan’ yang melarang orang Melayu untuk makan di restoran bangsa-bangsa yang lain.
Dia juga berpendapat bahawa ‘rider’ tersebut patut hanya menjalankan tugasnya sebagai penghantar makanan dan tidak sewenang-wenangnya menjatuhkan hukum.
Farahin juga berharap agar para penghantar makanan di luar sana untuk sentiasa menjaga adab dan tatatertib dengan pelanggan ketika menjalankan tugas.
Anonymous
March 11, 2022 at 10:42 am
Bila sy dgr berita 2012 kot…tkg masak bunuh diri sbb tokey kedai mamak tak bagi blk India sambut Deepavali…sampai la tak berani masuk dh kedai mamak…klu was2 jgn mkn benda subahah
Bendabetul
March 11, 2022 at 9:27 am
Kadang-2 kedai yang di order ni sangat kotor dan xde org pun walk in makan sana.. hanya online order ja.. ni pon info saya dapat dari rider
anti melesies
March 11, 2022 at 9:24 am
takde isu pon nk order.
kalau kedai tu kita penah dtg, so no isu pon.
kedai2 cmni pon ada sijil halal dan injection dr kedai tomyam melayu pattani.
silap2 kedai tomyam pattani lg takde sijil halal injection semua
Jah
March 11, 2022 at 9:11 am
Bagus tindakan rider. Kita harapkan rider tegur mcm ni kalau kita tersilap pilih. Abg nara tolong publish comment ni as a content. supaya rider2 lain tahu kami mmg perlukan teguran mcm ni. Nak masuk dlm perut kot. Ko sorg x kisah halal haram. Ramai lg y tersangat kesah. Nk famous sgt .. cepat aje nk condemn perbuatan org. Suruh rider jaga adab konon.
ellia
March 11, 2022 at 8:42 am
kan kalo dh terang haram patut dia bersyukur ade org tegur. teguran dr allah ni hadir dlm bentuk manusia jgk bukan ghaib semata mata.