“Muka Elok Dah Tapi..” – Datang Pakai Lacoste Balik Pakai LV, Lelaki Ini ‘Kantoi’ Mencuri Kasut

Kehidupan

“Muka Elok Dah Tapi..” – Datang Pakai Lacoste Balik Pakai LV, Lelaki Ini ‘Kantoi’ Mencuri Kasut

Tular di media sosial Twitter hari ini apabila seorang pemuda dilihat ‘kantoi’ menukar kasut yang dipakainya kepada kasut orang lain yang didakwa lebih berjenama.

Difahamkan, kejadian yang dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) itu berlaku di sebuah butik yang tidak dipastikan lokasinya di mana.

Advertisement

Kata pemilik video tersebut, pelanggan mereka telah membuat laporan kehilangan kasut dan meminta pihak butik tersebut untuk memeriksa video CCTV yang berada di kawasan sekitar.

Ceritanya petang tadi manager butik aku call, cakap ada customer hilang kasut. Mintak aku check CCTV.

Tolong cari jap abang Lacoste ni, kot dia nak pulang balik kasut customer aku tu, kasut dia ada je kat depan butik.

Malah, apa yang lebih mencuri perhatian netizen apabila kasut yang dicuri pemuda itu juga sebenarnya sepatu yang berjenama mewah Louis Vuitton.

TwitterSumber : Twitter  

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tampil ‘face-palm’ apabila melihatkan pemuda itu yang jelas-jelas berkelakuan tidak bertanggungjawab mencuri kasut orang lain, malah tinggal pula kasut sendiri d butik itu.

Soalan saya sekarang. Dah curi kasut orang tu, kenapa tak ambil kasut dia sekali bawak balik?

Ada juga netizen yang tampil berkongsi pengalaman mereka menjadi mangsa kecurian sepatu namun ada juga yang mendakwa video tersebut hanyalah cubaan taktik ‘marketing’ semata-mata.

Road tax
2 years ago

"The Struggle Is Real.." - Sering Terkoyak, Lelaki Ini Kongsi Tips 'Kupas' Roadtax Bagi Cantik Dan Kemas

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...