Tasha Shilla Tidak Mahu Terus Dilabel Artis Kontroversi

Hiburan

Tasha Shilla Tidak Mahu Terus Dilabel Artis Kontroversi

Tahun 2015 adalah tahun dimana aktres Tasha Shilla dihimpit dengan pelbagai kontroversi terutama sekali berkaitan percintaan beliau bersama bekas kekasih Hans Wong dan juga foto bogel beliau yang tersebar di Internet.

Sudah masuk ke tahun baharu 2016, Tasha berharap ia akan membawa sinar dalam hidupnya dan tidak mahu lagi digelar sebagai artis kontroversi.

Advertisement

Mudah-mudahan perjalanan hidup Tasha di 2016 akan lebih lancar. Tasha juga berharap karier Tasha menjadi seperti bintang di langit, terus bersinar. Biarlah masa membuktikannya. Yang pasti, Tasha belajar daripada kesilapan lalu. Tasha tidak akan lagi berkongsi kisah-kisah peribadi kepada umum. Cukuplah dengan apa yang sudah Tasha alami sebelum ini.

Kalau boleh Tasha tidak mahu lagi dikenali sebagai artis yang sering dilanda kontroversi. 2016 adalah tahun untuk Tasha bangkit semula. Suka duka di 2015 menjadikan Tasha lebih kuat dan memandangkan terus ke hadapan.

Meskipun pernah menerima pelbagai kecaman dan tomahan, Tasha menganggap ia sebagai ujian hidup dan sedia untuk memaafkan sesiapa sahaja yang mengkritik beliau sebelum ini.

Tasha percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya. Setiap ujian yang datang Tasha ambil positif, bersangka baik dan sentiasa memaafkan. Jauh sekali menyimpan dendam kepada sesiapa. Tasha menerima setiap kritikan dengan hati yang terbuka. Apa yang sudah berlaku biarkan berlalu. Kehidupan harus diteruskan.

Baguslah kalau Tasha tidak mahu terpalit dengan cerita bukan-bukan lagi, lepas ini buatlah “comeback” yang betul-betul memukaul. Pasti kontroversi susah nak dekat.

Sumber Berita: Tonton Extra

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...