October 2nd, 2015

Sejak dilanda pelbagai kontroversi,  Tasha Shilla tidak lagi kelihatan berlakon dalam mana-mana drama atau muncul di kaca televisyen.

Terbaru, timbul pula khabar angin yang mengatakan nama Tasha telah disenarai hitam atau dalam erti kata lain digam  oleh semua stesen televisyen Malaysia kerana kontroversinya.  Walaubagaimanapun, menurut Tasha beliau masih lagi ingin berehat dan menenangkan fikiran beliau sebelum menerima apa-apa tawaran kerja.

Berita itu (disenarai hitam) tidak benar sama sekali. Saya memang sengaja mahu berehat memandangkan sejak hampir lapan tahun lalu, saya sudah terlalu kuat bekerja. Buat masa ini, saya belum menerima sebarang tawaran dan saya hanya akan mengumumkan apabila semuanya sudah disahkan.

Meskipun beliau sering dikritik kerana gosip melampau, ia sedikit pun tidak membuatkan Tasha lemah dan terus bangkit di dalam industri hiburan.

Apa sahaja yang berlaku kepada saya sejak kebelakangan ini bukanlah untuk menjadikan saya lemah sebaliknya ia memberikan saya suntikan baharu untuk lebih bersemangat dan tabah untuk terus menjalani kehidupan ini.

Baguslah kalau Tasha Shilla tidak mudah putus asa hanya kerana sering dilanda kontroversi. Buktikan bakat anda kepada masyarakat dan jaga kualiti lakonan. Kami pasti orang ramai satu hari nanti akan lupakan kontroversi anda.

Sumber Berita: The Rakyat Post


Comments are closed.

Loading...