March 15th, 2015

Sejak minggu lepas lagi, gosip mengenai Tasha Shila yang sudah putus cinta bersama kekasihnya cukup hangat diperkatakan.  Ada yang mengatakan ianya berpunca daripada orang ketiga iaitu Kaka Azraff apabila Hans sendiri tidak mahu memberikan komen lanjut mengenainya.

Kemudian beberapa hari lepas, isu ini menjadi tanda tanya dimana Tasha telah memuat naik foto bersama Hans di Instagram dan kemudian memadamnya. Pelbagai persoalan mula bermain di minda peminat yang meninginkan kepastian tentang status hubungan mereka.

Mengambil keputusan untuk berdiam diri sebelum ini, Tasha akhirnya telah tampil menjelaskan perkara yang sebenar.

Biasalah hubungan cinta ini ada pasang surutnya. Orang yang sudah berumahtangga pun sering berselisih faham.

Tasha juga dikatakan bercuti bersama Nabila Huda ke Bangkok bagi membawa hati yang lara. Namun, aktres Tabir Zulaikha ini hanya menemani Nabila untuk membeli barang di sana.

Saya ke Bangkok kerana menemani Nabila untuk membeli barang dan bukan sebab mahu menenangkan jiwa kerana kecewa putus cinta.

Buat masa ini, Tasha menyerahkan segalanya kepada jodoh selepas menghadapi kontroversi tersebut.

Setiap hubungan mempunyai liku-likunya tersendiri, benar kata orang dulu-dulu jika tidak mahu orang yang kita sayang terlepas, cepat-cepatlah mengikat hubungan cinta itu.

Sumber Berita: Harian Metro

 


Comments are closed.

Loading...