Tasha Shila Muatnaik Kemudian Padam Foto Mesra Terbaru Bersama Hans

Hiburan

Tasha Shila Muatnaik Kemudian Padam Foto Mesra Terbaru Bersama Hans

Setelah tersebarnya gosip hubungan Tasha Shila dan Hans yang sudah berakhir, ramai yang sudah memberi andaian mereka sendiri  bahkan telah membabitkan penyanyi Kaka Azraff sebagai orang ketiga dalam hubungan asmara tersebut.

Pihak media yang ingin mendapatkan cerita sebenar berjaya untuk menghubungi Hans tetapi usaha mereka gagal apabila peninju Muay Thai itu tidak ingin memberikan komen lanjut dan meminta agar Tasha sendiri menjawabnya.

Advertisement

Namun, sekitar malam semalam Tasha telah memuat naik foto mesra bersama Han dengan kapsyen “ love you always” dimana ia memberikan sedikit gambaran hubungan mereka sudah kembali pulih. Baru sahaja peminat melihat foto tersebut, tiba-tiba Tasha telah memadam gambar berkenaan.

Agaknya apakah motif Tasha menyiarkan foto mesra mereka kemudian padam semula? Terlalu banyak teka-teki mengenai status percintaan mereka kini dan peminat sudah mula keliru. Harapnya Tasha Shila mampu tampik memberikan penjelasan dengan cepat agar tidak dihimpit kontroversi lagi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...