Sedia maklum, pelakon Risteena telah menunaikan ibadah umrah bersama adiknya, Ruhainies dan dalam pada masa yang sama menyambut bulan Syawal di Tanah Suci.
Urusan dipermudahkan
Berkongsi perkembangan apabila menunaikan ibadah umrah di sana, Risteena berkata dirinya sangat terkejut dan bersyukur urusan di Mekah dipermudahkan oleh Allah SWT.
Lagi membuatnya berasa sebak apabila urusan untuk menyentuh Kaabah sangat mudah dan tidak diganggu oleh mana-mana jemaah yang lain.
View this post on Instagram
Alhamdulillah, tanpa perlu tolak mudah je sampai ke depan, dapat masa lama di situ sorang-sorang.
Berharap dapat kembali semula
Dalam hantatan IG Story yang lain pula, pelakon itu berharap agar dapat kembali semula ke Tanah Suci suatu hari nanti.
Malah, dia berkata akan merindui Kota Makkah sesudah pulang semula ke tanah air untuk meneruskan pekerjaan yang perlu dilakukan.
Sekadar info, nama Risteena teruk dikecam sebelum ini kerana menyebelahi adiknya, Ruhainies yang telah ditangkap khalwat bersama suami Bella Astillah iaitu Aliff Aziz di sebuah kondominium.