“Geli! Tak Jadi Nak Beli” – ‘Semak’ Aliff Syukri Promosi Tudung Dengan Risteena, Ramai Pakat Nak Boikot

Hiburan

“Geli! Tak Jadi Nak Beli” – ‘Semak’ Aliff Syukri Promosi Tudung Dengan Risteena, Ramai Pakat Nak Boikot

Hantaran video di laman Instagram usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri, baru-baru ini telah mendatangkan rasa kurang senang di kalangan netizen.

Promosi tudung bersama Risteena

Dalam video yang dimuat naik, kelihatan Aliff bersama pelakon, Risteena sedang mempromosikan tudung keluaran jenama usahawan tersebut di sebuah acara di Sabah.

Advertisement

Aliff meluahkan rasa gembira dan teruja kerana aktres terbabit datang sendiri ke boothnya untuk membeli tudung dan bukan sekadar memberi review.

Netizen rasa ‘semak’, sakit mata!

Biarpun gembira dengan tindakan Risteena yang ikhlas memberi komen mengenai tudung keluaran syarikatnya, rata-rata netizen yang melihat video terbabit meluahkan rasa kurang senang dan ‘sakit mata’ melihat kakak kepada Ruhainies itu ada di dalam video usahawan terbabit.

komen

Bahkan, ramai juga yang meluahkan mahu memboikot produk keluaran syarikat Aliff Syukri kerana sering ‘menempel’ dengan selebriti kontroversi.

Sebelum ini, Risteena mempertahankan adiknya, Ruhainies yang terus-menerus dikecam netizen susulan isu ditangkap khalwat bersama suami Bella Astillah iaitu Aliff Aziz di sebuah kondominium.

1 month ago

"If Only People Know What We Know.." - Risteena 'Upload' Balik 'Posting' Ibu Aliff Aziz Soal Buka Aib

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...