Rasanya ramai saja yang mempunyai sikap, di mana akan membiarkan baju bersih bertimbun di dalam bilik kerana terlalu malas untuk melipatnya.
Longgokan baju tempat kesukaan jin?
Seorang individu di TikTok baru-baru ini telah membuat pengguna berasa seram sejuk apabila mendakwa longgokan baju yang enggan dilipat merupakan tempat kesukaan jin.
Kisah berkenaan dikatakan dicerita sendiri oleh datuknya ketika menjumpai kanak-kanak hilang dalam timbunan baju yang tidak berlipat.
Cucu hilang, tak jumpa tiga hari
Datuk wanita itu berkata seorang pakcik berjumpa dengan kerana bimbang cucu tidak dijumpai selama tiga hari, lalu datuknya ambil keputusan untuk membantu dengan datang ke rumah pakcik berkenaan dan memasuki biliknya.
Difahamkan, bilik yang dimasuki oleh datuknya bukanlah tempat tidur dan kelihatan longgokan baju tidak berlipat di atas katil dalam bilik berkenaan.
Tangan direntap, suara raungan
Ketika datuk wanita itu menyeluk di dalam longgokan baju tersebut, tangannya direntap hingga membuatkan dia tersembam di atas timbunan baju tetapi tetap melawan benda ghaib itu, hinggalah dia mendengar suara raungan datang dari disebalik baju-baju itu.
Selesai baca semua ayat, atuk aku cuba tarik perlahan-lahan tangan ni masa ni memang nampak ada satu lagi tangan budak kecil ikut sekali. Atuk aku cepat-cepat tarik tangan budak sampai badannya keluar sekali.
Tuan rumah memberitahu mereka sering membiarkan timbunan baju tidak berlipat dan disebabkan itu, datuk wanita terbabit menasihati agar tidak membiarkan ia berlaku kerana jin suka ‘duduk’ di tempat-tempat seperti itu.