Biarkan Baju Di Ampaian Sehingga Menjelang Maghrib Akan Diludah Jin, Mufti WP Beri Penjelasan

Kehidupan

Biarkan Baju Di Ampaian Sehingga Menjelang Maghrib Akan Diludah Jin, Mufti WP Beri Penjelasan

Sudah menjadi kebiasaan bagi masyarakat di Malaysia menjemur pakaian di luar rumah selepas dikeluarkan dari mesin basuh untuk dicuci. Namun, aktiviti ini telah menimbulkan persoalan apabila ada yang mempersoal jika benar baju di ampaian waktu senja akan diludah jin.

Jawapan Mufti WP

Oleh kerana soalan tersebut telah menjadi satu keraguan untuk orang ramai, Mufti Wilayan Persekutuan telah tampil memberi pencerahan tentang pertanyaan berkenaan.

Advertisement

Menurut pihak Mufti, tidak dijumpai mana-mana nas syarak yang menyebutkan membiarkan pakaian bersidai di ampaian pada waktu senja akan mengundang ludah daripada syaitan.

Hal ini boleh dilihat sebagai pantang larang orang tua-tua masyarakat Melayu yang bertujuan untuk mendidik generasi muda agar tidak keluar rumah di waktu senja.

 

Waktu senja merupakan waktu syaitan berkeliaran dan waktu tersebut sebaiknya berada dalam rumah. Perkara ini berdasarkan kepada hadis Nabi SAW  iaitu Jabir RA meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:

 

إِذَا كَانَ جُنْحُ اللَّيْلِ، أَوْ أَمْسَيْتُمْ، فَكُفُّوا صِبْيَانَكُمْ، فَإِنَّ الشَّيَاطِينَ تَنْتَشِرُ حِينَئِذٍ، فَإِذَا ذَهَبَتْ سَاعَةٌ مِنَ اللَّيْلِ فَخَلُّوهُمْ، وَأَغْلِقُوا الأَبْوَابَ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ، فَإِنَّ الشَّيْطَانَ لاَ يَفْتَحُ بَابًا مُغْلَقًا

Maksudnya: Apabila kegelapan malam menjelma atau apabila sudah lewat petang, maka tahanlah anak-anak kamu. Ini kerana, pada waktu itu syaitan berkeliaran. Apabila telah berlalu beberapa ketika daripada malam, biarkanlah mereka dan tutuplah pintu-pintu serta sebutlah nama Allah SWT kerana syaitan tidak akan membuka pintu yang tertutup. [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

sidaiSumber : Gambar Hiasan  

Menjawab kepada persoalan tersebut, kesimpulannya adalah tiada mana-mana nas syarak yang mengatakan membiarkan pakaian tersidai di ampaian hingga menjelang Maghrib akan diludah jin.

Hal tersebut hanyalah pantang larang orang tua-tua yang turun-temurun bagi mengelak orang daripada beraktiviti di luar rumah ketika senja.

konsert siti
3 months ago

"Hormati Kedatangan Ramadan, Perbanyak Amal Ibadat" - Mufti Saran Siti Nurhaliza Anjak Tarikh Konsert Mac Ini

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...