“Tang Mana Lawaknya?” – Pelawak Dikecam ‘Rancak’ Buat Lawak L*cah Di TikTok, Bimbang Ramai Pengikut Budak Sekolah

Kehidupan

“Tang Mana Lawaknya?” – Pelawak Dikecam ‘Rancak’ Buat Lawak L*cah Di TikTok, Bimbang Ramai Pengikut Budak Sekolah

Satu perkongsian di media sosial Twitter baru-baru ini telah mengundang banyak kecaman daripada warga maya gara-gara sekumpulan pensohor Tiktok dan juga pelawak didakwa ‘rancak’ membuat pengisian lucah dan ‘double meaning’.

Lebih membimbangkan adalah apabila bilangan pengikut pelawak-pelawak itu juga sangat ramai dan terdiri daripada anak-anak remaja yang masih bersekolah.

Advertisement

Dalam hantaran video itu, kelihatan 6 orang individu sedang melakukan ‘role play’ di mana seorang wanita berlakon menjadi cikgu yang berasal dari negara Thailand dan 5 orang lelaki menjadi anak muridnya.

Kemudian, kesemua lelaki itu seolah ‘mempermainkan’ cikgu berkenaan dengan tindakan menjatuhkan alat tulis secara tiba-tiba dan menyebut perkataan ‘how much’ berulang kali, di mana ia melambangkan isyarat lucah dan tidak baik.

Perkongsian yang menjadi tular itu kemudiannya mencetuskan pelbagai respon di mana rata-rata netizen mengecam pensohor-pensohor terbabit.

TwitterSumber : Twitter  

Menjijikkan. Mesti rasa terpaling lawak padahal nampak macam tak cerdik ja dok buat lawak double meaning macam tu.

Kata netizen, kandungan seperti itu tidak sesuai ditayangkan kerana ramai pengikut mereka adalah terdiri daripada golongan kanak-kanak dan remaja.

“Memalukan. Tak ada adab. Content seperti ini tidak perlu wujud kerana lebih memudaratkan generasi muda.” komen seorang netizen lagi.

Usahawan kek mengamuk staff pasaraya tak tolong
1 year ago

"Silap Besar Staff L*tus Main Dengan Aku.." - Usahawan Kek Dikecam Netizen Gara-Gara Mengeluh Tak Dibantu 'Loading' Barang RM5K Dalam Troli

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...