Dalam kalangan anak-anak pemain bola terkenal, David Beckham, salah seorang daripada mereka iaitu Romeo Beckham bakal menjadi terpaling kaya kerana baru saja menandatangani perjanjian mega bernilai RM6.74 juta.
Ia susulan Romeo yang kini baru sahaja berusia 19 tahun menjadi wajah baharu buat jenama sukan dikenali ramai iaitu Puma.
Mengikut jejak langkah bapanya, Romeo yang kini merupakan pemain bola professional, kini sudah bersiap sedia untuk menjadi seperti David menjadi wajah jenama sukan.
View this post on Instagram
Memetik dari artikel mStar, perjanjian tersebut merupakan yang pertama daripada banyak yang akan mendatangkan hasil dalam beberapa tahun akan datang.
Difahamkan melalui sumber dalam, harga yang diperolehi Romeo dari perjanjian terbabit membuatkan dirinya merupakan anak terkaya dari kalangan keluarga Beckham.
Sekadar info, perjanjian bersama Puma akan menjadi satu ‘kerjasama’ untuk jangka masa yang lama, sama seperti perjanjian David bersama jenama sukan Adidas selama 20 tahun.