Michael Ang Sedia Beri Kerjasama, Isu Dakwaan Pelanggaran SOP Majlis Perkahwinan Uqasha Dan Kamal

Hiburan

Michael Ang Sedia Beri Kerjasama, Isu Dakwaan Pelanggaran SOP Majlis Perkahwinan Uqasha Dan Kamal

Pengarah Michael Ang sedia memberi kerjasama kepada pihak polis susulan dakwaan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) pada majlis perkahwinan pasangan selebriti Uqasha Senrose dan Kamal Adli di Puncak Dani, Genting Highlands, Pahang pada 15 Disember lalu.

Michael Ang bersuara untuk Kamal Adli dan Uqasha
2 years ago

"Konon Alim Sangat!" - Majlis Berinai Tema Bollywood Uqasha Dan Kamal Dikecam, Michael Ang Bidas Netizen

Advertisement

Menurut Michael, setiap tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan tersebut perlu mengimbas kod MySejahtera dan setakat ini tiada tetamu dimaklumkan positif Covid-19.

Saya ada ketika majlis malam berinai dan resepsi Uqasha dan Kamal yang berlangsung di Genting Highlands. Setahu saya semua yang hadir perlu menjalani ujian saringan Covid-19 terlebih dahulu.

Michael turut memberitahu yang majlis Uqasha dan Kamal berlangsung dengan aman dan bahagia sekaligus dia berharap tiada pihak cuba memperbesarkan isu tersebut.

Saya rasa kes banjir dan rompakan yang berlaku di negara ini perlu lebih diberi perhatian.

Namun begitu, Michael menjelaskan kenyataannya tersebut dengan memaklumkan yang pihak terlibat boleh ambil perhatian jika wujud kluster Covid-19 pada majlis tersebut selepas ini.

Michael Ang

Setakat ini, usaha untuk mendapatkan kenyataan Uqasha dan Kamal berkenaan isu tersebut masih gagal kerana pasangan tersebut dengan menunaikan ibadah umrah di tanah suci.

Sekadar info, polis telah menerima satu laporan pada 27 Disember lalu berhubung sebuah video tular majlis perkahwinan Uqasha dan Kamal yang didakwa tidak mengikut SOP.

Menerusi video tersebut, pihak polis mendapati terdapat segelintir tetamu yang hadir tidak memakai pelitup muka serta tidak mengamalkan penjarakan sosial.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...