Tanda Penghargaan Buat Ibu Bapa, Nana Mahazan Hadiahkan Kereta Proton X70 Bernilai RM95,000

Hiburan

Tanda Penghargaan Buat Ibu Bapa, Nana Mahazan Hadiahkan Kereta Proton X70 Bernilai RM95,000

Penyanyi dan pengacara Nana Mahazan membuat kejutan dengan menghadiahkan ibu bapanya kereta Proton X70 yang dianggarkan bernilai lebih RM95,000. Hadiah itu diberikan sempena menghargai jasa dan pengorbanan orang tuanya itu.

Nana Mahazan
2 bulan lalu

"Dulu Takut Juga..." Nana Mahazan Syukur Rezeki Melimpah Ruah Selepas Bertudung

Advertisement

Nana atau nama sebenarnya Nurul Hana binti Che Mahazan berkata sebelum ini ibunya pernah memperkatakan mengenai kereta berkenaan sekali gus dia terdetik untuk merealisasikannya.

Nana Mahazan

Pengacara program HTV itu menjelaskan niatnya berkongsi dengan semua bukan untuk menunjuk jauh lagi riak. Sebaliknya untuk memberi semangat untuk sama-sama dapat teruskan usaha bagi menggembirakan ibu bapa kita.

Jangan pernah mengalah dan penat. Berusahalah untuk sentiasa memberikan yang terbaik. Bukan hasil saja yang dipandang, usaha lebih jauh dihargai. Tiada apa-apa pekerjaan kalau kita buat kerana Allah dan untuk menggembirakan yang kita sayang, tiada yang sia sia.

Nana, 38, berkongsi kegembiraan itu menerusi video kejutan di Instagram miliknya. Dia turut mendoakan agar semua pihak yang menyaksikan rakaman video terbabit semoga dimurahkan rezeki dan diberi kesempatan untuk membalas jasa kedua ibu bapa.

Advertisement

Nana mendoakan semua yang menonton dilimpahkan rezeki, diberikan kemampuan untuk berkhidmat kepada ibu bapa dan insan yang disayangi. Dia juga turut mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapanya yang selalu meletakkan kepercayaan kepadanya.

‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

2 Comments

  1. Anonymous

    November 3, 2021 at 6:18 pm

    aku rasa masa dia kahwin dulu bukan ke si nana ni bagi hadiah kereta mercedes ke mak ayah dia? asyik bagi hadiah kereta je, yang si emaknya pulak boleh pulak mengidam nak kereta. funnylah you. kalau mintak rumah ada jugak faedah dia. nilai kereta ni boleh depreciate, unless ko beli supercar or vintage car. so takde maknanya ko kumpul sampai 10 bijik kereta kat umah.

    • Anonymous

      November 5, 2021 at 9:14 am

      Lantak dia la. Dengki apehal

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...