“Dulu Takut Juga…” Nana Mahazan Syukur Rezeki Melimpah Ruah Selepas Bertudung

Hiburan

“Dulu Takut Juga…” Nana Mahazan Syukur Rezeki Melimpah Ruah Selepas Bertudung

Penyanyi dan juga personaliti media sosial, Nana Mahazan meluahkan rasa syukur apabila penghijrahannya memakai tudung tidak sama sekali mengehadkan tawaran kerjanya dalam industri seni hiburan.

Nana Mahazan
3 years ago

"Jangan Buat Sebab Saya.." Peminat Sudah Mula Pakai Stokin Kerana Nana Mahazan Berhijab

Advertisement

Ujar Nana, dia mengakui berasa sedikit terkejut apabila dihujani dengan pelbagai tawaran malah perniagaan yang diusahakannya selama ini turut mendapat maklum balas positif.

Tambah Nana lagi, perasaan takut itu ada awalnya berikutan bimbang tawaran kerja akan semakin berkurangan namun dia enggan terlalu memikirkan soal itu kerana percaya dengan rezeki Allah.

Alhamdulillah. Ini semua kuasa Tuhan. Saya terkejut apabila saya menerima pelbagai tawaran baru selain bisnes yang diusahakan berjalan dengan lancar. Pada awalnya memang ada terdetik rasa takut kalau tawaran dalam bidang seni akan berkurangan, tapi saya enggan terlalu memikirkan soal itu.

Dia dalam pada itu turut berpegang teguh dengan pendirian untuk tidak takut dalam perubahan kerana setiap kebaikan yang dilakukan pasti akan mendapat ganjaran di kemudian hari.

“Cuma kena sentiasa jujur dan punya niat yang betul. Jangan berubah kerana orang lain, sebaliknya kita sendiri yang dipandang baik di sisiNya.”  katanya lagi.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...