Penyanyi dan pengacara Nana Mahazan membuat kejutan dengan menghadiahkan ibu bapanya kereta Proton X70 yang dianggarkan bernilai lebih RM95,000. Hadiah itu diberikan sempena menghargai jasa dan pengorbanan orang tuanya itu.
Nana atau nama sebenarnya Nurul Hana binti Che Mahazan berkata sebelum ini ibunya pernah memperkatakan mengenai kereta berkenaan sekali gus dia terdetik untuk merealisasikannya.
Pengacara program HTV itu menjelaskan niatnya berkongsi dengan semua bukan untuk menunjuk jauh lagi riak. Sebaliknya untuk memberi semangat untuk sama-sama dapat teruskan usaha bagi menggembirakan ibu bapa kita.
Jangan pernah mengalah dan penat. Berusahalah untuk sentiasa memberikan yang terbaik. Bukan hasil saja yang dipandang, usaha lebih jauh dihargai. Tiada apa-apa pekerjaan kalau kita buat kerana Allah dan untuk menggembirakan yang kita sayang, tiada yang sia sia.
Nana, 38, berkongsi kegembiraan itu menerusi video kejutan di Instagram miliknya. Dia turut mendoakan agar semua pihak yang menyaksikan rakaman video terbabit semoga dimurahkan rezeki dan diberi kesempatan untuk membalas jasa kedua ibu bapa.
Nana mendoakan semua yang menonton dilimpahkan rezeki, diberikan kemampuan untuk berkhidmat kepada ibu bapa dan insan yang disayangi. Dia juga turut mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapanya yang selalu meletakkan kepercayaan kepadanya.
‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.