Pengendali Father Organic Farm, Frankie Tan baru-baru ini tampil memaklumkan bahawa pihaknya tidak akan lari daripada tanggungjawab dalam kejadian tanah runtuh yang meragut nyawa lebih daripada 20 orang itu.
Tegas Frankie, kejadian itu sebenarnya tidak berlaku di dalam kawasan ladang dan memberitahu dia bersedia untuk membantu dan memberi kerjasama.
Ujarnya lagi, dia tidak akan lari dan menzahirkan perasaan sedih yang mendalam terhadap mangsa dan pihak keluarga yang terjejas akibat tragedi itu.
Kawasan tanah runtuh itu adalah milik tanah kerajaan iaitu kira-kira 2 atau 3 kilometer dari tanah ladang yang kami pajak. Tambahan pula, tapak tanah runtuh adalah hutan besar yang tidak pernah dibangunkan.
Tambah Frankie, gara-gara kejadian itu, dia mengakui menerima banyak tekanan daripada pelbagai pihak termasuk keluarga mangsa yang menyalahkan beliau di atas kejadian yang menimpa mereka.
“Selepas kejadian itu, beberapa mangsa yang terselamat dan ahli keluarga telah mengutuk saya di tempat kejadian. Saya faham dan apa yang boleh saya lakukan ialah menundukkan kepala dan membiarkan mereka melepaskan diri” kata Frankie memetik laporan Weird Kaya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.