Seorang peniaga restoran makanan Arab di Johor terkejut apabila ada yang melakukan perbuatan khianat terhadapnya dan suami.
Menurut Leisha Sa’adon, baru-baru ini suaminya terjumpa sisa tanah di dalam pasu bunga dan kaki lima di sekeliling kedai milik mereka di Taman Cahaya Puteri, Masai.
Pada mulanya, mereka berfikiran positif dan menyangka ada yang membuang tanah di situ.
Namun selepas berasa tidak sedap hati, peniaga berusia 40 tahun itu kemudian menonton rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk melihat apa yang berlaku.
Alangkah terkejutnya apabila dia ternampak ada seorang lelaki yang menabur tanah berkenaan kira-kira jam 10 malam selepas restorannya ditutup.
Awalnya saya positif je mungkin ada orang saja buang tanah kot. Tapi apabila check CCTV kami lihat ada orang tabur tanah di sekitar kedai saya.”
Mereka kemudian bertanya tentang penemuan aneh itu kepada seorang ustaz dari pusat tahfiz berdekatan yang datang makan di restoran.
Selepas memeriksa tanah dan menghidu, ustaz tersebut berkata ia berbau bangkai dan merupakan tanah kubur.
Kak, tanah ni bau bangkai. Ini tanah kubur kak.”
Penjelasan ustaz itu akhirnya menjawab persoalan mengapa restorannya kurang pelanggan seperti sebelum ini.
Selain itu, Leisha juga berkata dia mengalami kesukaran untuk tidur serta gatal di badan setiap kali selepas Maghrib selain hubungan bersama suami bertukar dingin.
Terdahulu, video dimuat naik oleh Leisha di TikTok tentang kejadian ini mendapat perhatian warganet.
Video berkenaan menunjukkan rakaman CCTV restorannya ketika pemuda berkenaan melakukan perbuatan khianat itu.
@leishadon Siapa yang suruh adik buat mcm tu? Siapa yang hantar dik? Akak niaga nak cari rezeki utk family akak di Malaysia dan Palestin je. Sampainya hati.
? Amityville Horror – Scary Halloween Sound Effects – Halloween Sound Effects
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.