Raja Bomoh Nafi Dakwaan Buat Ritual Syirik, Niat Hanya Untuk Lindungi Keturunan

Berita

Raja Bomoh Nafi Dakwaan Buat Ritual Syirik, Niat Hanya Untuk Lindungi Keturunan

Tular satu video, semalam, yang memaparkan Raja Bomoh serta seorang wanita disebelahnya seakan-akan sedang membuat pemujaan ataupun ritual untuk ‘menghalau’ banjir dari terkena kawasan Teluk Intan.

Dimana pada asalnya Raja Bomoh melakukan rakaman itu secara live di Facebook beliau, lalu menjadi viral di serata platform media sosial yang ada terutamanya di TikTok.

Advertisement

Setelah tular di platform tersebut, Raja Bomoh atau nama sebenarnya ialah Datuk Ibrahim Md Zin tampil memberi penjelasan mengenai video terbabit.

Beliau menafikan hal yang dilakukan itu ‘syirik’ kerana dia hanya berbuat sedemikian untuk melindungi keturunannya saja dan sama sekali tidak membabitkan mana-mana pihak yang lain.

Dia turut menjelaskan sebab dirinya membuat ritual tersebut demi menyelamatkan pusara ibu bapa serta keturunannya daripada ditenggelami air seandainya berlaku banjir di beberapa kawasan sekitar Perak.

Susulan video tular berkenaan, Astro Awani melaporkan pihak Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) kini sedang membuka kertas siasatan terhadap Ibrahim Md Zin atas sebab membuat ritual ‘menghalau’ banjir yang dilakukan di Dataran JSP di Teluk Intan.

Raja Bomoh 'halau' banjir
2 years ago

(VIDEO) Baca Ayat Jampi 'Halau' Banjir, Netizen Mohon Raja Bomoh Jangan Tambah Murka Allah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...