Sekali lagi mencuri tumpuan, pelakon Izara Aishah tampil jelita dengan busana putih ala hari nikah ketika sesi makan malam berdua bersama suaminya, Adib Khalid di sebuah restoran bertempat di ibu kota.
Jelas Izara, makan malam berdua itu diadakan bersempena ulang tahun kelahirannya yang disambut pada 28 September yang lalu.
Momen indah itu turut dikongsikan Izara menerusi beberapa hantaran di media sosial untuk tatapan peminat dan juga pengikut media sosialnya.
Dalam foto tersebut, Izara telah mengenakan sepasang jubah putih longgar putih berseri dengan tudung labuh di belakang berona kelabu cair.
Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat tampil memuji busana yang dipakainya serta kecantikan semula jadi pelakon itu.
“Pergi dating ke pergi nikah ni cantiknya..” puji seorang netizen.
“Salam, cantiknya awak! Macam nak pergi nikah..” sahut seorang lagi peminat.
Sehingga kini, perkongsian tersebut mendapat puluhan ribu tanda suka daripada pengguna media sosial.
Sekadar info, Izara telah mendirikan rumah tangga bersama anak tiri penyanyi tersohor negara, Adib Khalid pada tahun 2017.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Irisa Alaia yang kini berusia setahun setengah.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
Faceoff
October 5, 2021 at 11:09 pm
Itulah rasa diri perfect kunun Saya nak labuh bang jatuhkan orang lain tujuan nak ape nak tunjuk kau Ahli syurga paling perfect mamak tetap mamak campur cam mana pun mamak Iran lagi Ada harga
Mamakhanswannabe
October 5, 2021 at 11:08 pm
Kah kah kah termakan kata sendiri biasalah mamak wannabe sungguh nanti cakap kite cemburu lah apa lah bosan nya
Anonymous
October 5, 2021 at 5:03 pm
Doa yg baik2 sudah. Korang nyer komen bagai nak rak judge org, ader tak pandang diri sendiri tu macam mana?
Anonymous
October 5, 2021 at 8:18 am
baru je kua mgu lepas ckp xnk pakai pendek.. nk tudung labuh2. tuttup kua tudung singkat. apoooooo
cn
October 4, 2021 at 6:12 pm
tdg labuh2 dililit jd pendek jua