Tampil Berkepala Botak, Emelda Rosemila Saling Tak Tumpah Seperti Charlize Theron!

Hiburan

Tampil Berkepala Botak, Emelda Rosemila Saling Tak Tumpah Seperti Charlize Theron!

Penampilan segar pelakon Emelda Rosemila ketika majlis sidang media eksklusif Astro Orginals Dukun Diva baru-baru ini ternyata telah menarik perhatian ramai pihak terutamanya peminat aktres itu.

Dia yang hadir bersama suami, pelakon Adlin Aman Ramlie kelihatan jelita persis pelakon Hollywood Charlize Theron apabila tampil berkepala botak pada malam itu.

Advertisement

Jelas Emelda, dia bertindak membotakkan kepala kerana tuntutan kerja dalam sebuah filem.

 

Advertisement

Membotakkan kepala adalah inisiatif saya sendiri. Pengarah tak suruh tetapi saya yang suggest kerana watak perompak yang akan saya bawakan dalam filem itu annti.

Ujarnya lagi, Adlin turut memberikan sokongan padu apabila dia mengambil keputusan tersebut.

Tambah Emelda, dia ingin memperbaiki kualiti lakonan dan mencari ruang untuk beraksi luar daripada kebiasaan daripada watak yang sudah biasa dilakonkan sebelum ini.

Perkembangan terbaru, Emelda bakal tampil bergandingan bersama suaminya  dalam sebuah naskah terbaru berjudul Dukun Diva.

Dalam pada itu, Emelda juga turut teruja kerana dapat bergandingan bersama Adlin dalam drama tersebut meskipun ia bukan kali pertama mereka berlakon bersama.

Sekadar info, drama Dukun Diva akan ditayangkan di saluran Astro Citra bermula 6 Disember ini pada jam 9.00 malam.

Drama arahan Ariff Zulkarnain ini turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Nadia Aqilah, Eyka Farhana dan ramai lagi.

emelda rosemila
10 bulan lalu

"Tiada Paksaan Dalam Pengambilan Vaksin" - Emelda Rosemila Mahu Semua Tahu Hak Masing-Masing

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

2 Comments

  1. Anonymous

    December 4, 2021 at 8:45 am

    she is probably one of the ugliest actresses in malaysia ape tajuk article ni haha

  2. Sila meninggal

    December 4, 2021 at 8:09 am

    Minah ni jelita????? Uwweeeeekkkk… muntah hijau

Leave a Reply to Anonymous Cancel reply

Loading...