Selepas menutup ruangan komen kerana menerima kecaman hebat dari netizen akibat percutian bersama keluarga yang daring, pelakon Nora Danish membuka semula ruangan komen di akaun Instagramnya.
Bagaimanapun, Nora atau nama lengkapnya Nora Mohd Danish Hanif, masih tetap menerima kecaman dari netizen biarpun cuba meneruskan kehidupan seperti biasa.
View this post on Instagram
Pelakon jelita tersebut berkongsi sebuah foto bersama suaminya, Nedim Nazir berlepas pulang selepas beberapa hari meluangkan masa bersama keluarga di Langkawi.
Namun, meninjau di ruangan komen hantaran itu, terdapat beberapa netizen masih tidak berpuas hati dengan aktres itu dan meninggalkan komen sindiran.
Terdahulu, pelakon yang popular dengan drama Puteri itu mula menutup ruangan komen Instagram susulan luahan orang ramai yang tidak senang dengan penampilan seksinya bersama suami serta teman rapat sepanjang empat hari bercuti di Langkawi.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.