Nama pelakon Nora Danish sejak kebelakangan ini menjadi perbualan netizen apabila dia didakwa sering mengemas kini akaun Instagram miliknya dengan foto-foto yang dianggap sebagai mencolok mata.
Terdahulu, Nora ada memuat naik foto belakang badannya di Instagram sehingga meraih kecaman daripada peminat.
View this post on Instagram
Ruangan komen foto tersebut dihujani dengan pelbagai komen kritikan serta nasihat daripada peminat yang meminta Nora simpan sahaja foto tersebut untuk tatapan suami.
“Ada yang besar tapi bukan pahala..” tulis seorang pengguna media sosial.
Terbaru, Nora kembali mencuit sanubari peminat apabila dia memuat naik foto mesra sepanjang percutiannya bersama keluarga ke Langkawi, semalam.
Kelihatan sungguh bahagia sekali, foto yang memaparkan Nora dan Nedim berendam di kolam nampaknya berjaya menarik perhatian netizen untuk meninggalkan komen-komen ‘murni’.
Kata netizen, pakaian yang digayakan Nora kelihatan jarang dan seksi serta tidak sesuai untuk dimuat naik di media sosial.
View this post on Instagram
Walau bagaimanapun, bahagian komen foto-foto tersebut kemudian telah dinyah aktif oleh Nora selepas itu.
Sekadar info, Nora memaklumkan bahawa dia sudah selamat tiba ke pusat percutian terkenal Langkawi bersama suami dan anaknya semalam. Turut mengikuti percutian tersebut adalah rakan baiknya, Puteri Zarith.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
Faceoff
September 19, 2021 at 8:27 pm
Kaya lah Nedim bapa pun Kaya lantak ah I oso want holiday Langkawi netizen jealous Or PD same same
Faceoff
September 19, 2021 at 8:25 pm
Up to herlah why jealous I also want to go Langkawi if I have money like her husband who bloody cares
Anonmanious
September 18, 2021 at 1:13 pm
Nape baca kisah laki dia menyeramkan?. Teruk sangat ke?
beeeeeeeeeeeeeenciiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
September 18, 2021 at 10:20 am
zarith tu retis ke? acah2 diivaa.. nak termuntah ku tengok muka die tumpang glamour artis je!!!puiiiiiii!!!!
Anonymous
September 18, 2021 at 10:08 am
Takper. Time lockdown aritu dia dah tunjuk dia mengaji sampai khatam. Gambar dia solat terawih pun dia pernah tunjuk. Insyaallah, bulan puasa thn dpn dia tunjuk gambar solat terawih lagi. So balance lah.