Taman tema yang paling dinantikan di Asia Tenggara iaitu Taman Tema Genting SkyWorlds dilaporkan akan mula menerima kehadiran pengunjung setelah ia dijadualkan mula beroperasi pada 8 Februari ini.
Sekadar info buat anda semua, harga tiket penuh bagi tiket standard adalah RM189; kanak-kanak dengan ketinggian 90 sentimeter (cm) ke 110 cm dan juga warga emas serta orang kelainan upaya (OKU) adalah RM161 bagi setiap seorang.
Manakalan untuk kanak-kanak dengan ketinggian di bawah 90 cm pula adalah percuma.
Yang lebih menarik, sempena pembukaan awal, Genting SkyWorld menawarkan diskaun 20 peratus bermula 8 Februari sehingga 31 Mac 2022.
Pengunjung yang ingin melawati taman tema yang berkeluasan 26 ekar di ketinggian 6,000 kaki dari aras laut itu digalakkan memuat turun aplikasi mudah alih Genting SkyWorlds Theme Park yang boleh didapati secara percuma di Google Play, Apple App Store dan Huawei AppGallery untuk urusan pembelian tiket dan juga info tambahan.
Menerusi aplikasi tersebut, pengunjung dapat melayari dan menikmati pengalaman di taman itu secara maya sebelum tiba secara fizikal di taman tema tersebut.
Antara ciri lain yang ditawarkan adalah anda boleh menyemak masa menunggu untuk menikmati tarikan dan pertunjukan, mengetahui tawaran promosi dan baucar diskaun, tempat makan, beli-belah, permainan dan perkhidmatan Photo Plus yang canggih.