Berita Baik Untuk Kaki Shopping, Jom ‘Check Out’ 5 Pusat Beli Belah Baharu Di Kuala Lumpur Yang Boleh Anda Kunjungi

Travel

Berita Baik Untuk Kaki Shopping, Jom ‘Check Out’ 5 Pusat Beli Belah Baharu Di Kuala Lumpur Yang Boleh Anda Kunjungi

Ibu Kota Kuala Lumpur sememangnya dikenali sebagai sebuah bandar raya yang mempunyai banyak lokasi membeli-belah dan difahamkan setakat tahun 2021, ianya sudah pun memiliki 197 ‘shopping mall’ yang menawarkan pelbagai pilihan dan pengalaman buat mereka yang gemar berkunjung ke sana.

Meskipun negara menghadapi cabaran ekonomi dek munculnya wabak COVID-19, namun perkara tersebut tidak membuatkan industri perniagaan terus merudum malah tahun 2022 juga menyaksikan lebih banyak pusat beli-belah dibuka untuk orang ramai.

Advertisement

Ianya sudah pasti merancakkan kembali ekonomi yang terjejas teruk akibat pandemik.

Dan berita baik untuk mereka yang ‘kaki shopping’, ini adalah 5 lokasi pusat beli-belah terbaharu yang dibuka di ibu kota di mana tiga daripadanya sudah boleh dilawati dan dua lagi dijangka akan dibuka pada akhir tahun ini.

1.Mitsui Shopping Park Lalaport KL

Lalaport puduSumber : Google  

 

Telah dibuka pada 20 Januari lalu, Mitsui Shopping Park Lalaport, Bukit Bintang City Centre (Lalaport BBCC) khabarnya telah menempatkan hampir 400 kedai yang kebanyakannya berjenama Jepun.

Lokasi tersebut merupakan bekas penempatan Penjara Pudu yang telah dirobohkan dan menggunakan simbolik warna putih di pintu masuk utama yang pastinya akan menarik perhatian ‘kaki-kaki Instagram’ untuk bergambar.

2. Pavilion Bukit Jalil

Dibina 5 tingkat dengan keluasan 1.8 juta kaki persegi mula menerima kunjungan orang ramai dengan lambakan kedai barangan berjenama seperti Goodnite, HOHM, The Coffee Academics (menyebut beberapa nama) serta butik mewah lain.

 

Pavilion Bukit JalilSumber : Google  

 

Malah, terdapat juga akses jejantas baharu yang membolehkan kebolehcapaian dan kemudahan pelanggan ke pusat membeli belah itu.

3. Sungei Wang Plaza

Sungei Wang PlazaSumber : Google  

 

Pusat beli belah lagenda Malaysia, Sungei Wang Plaza kini diberi nafas baharu setelah ianya menjalani projek baik pulih besar-besaran yang bermula sejak tahun 2017 yang lalu.

Menawarkan konsep ‘Beauty & Experiential Mall’ – di mana pelbagai kedai serta outle dan juga tempat aktiviti seperti indoor rock-climbing gym, indoor adventure park, indoor drift kart, muzium miniatur warisan berada di bawah satu bumbung untuk kepuasan pelanggan.

4. 118 Mall

Bangunan kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa iaitu Merdeka 118 bakal menyajikan satu pengalaman membeli-belah yang berbeza apabila 118 Mall dibuka kelak.

 

118 mallSumber : Google  

 

Dikelilingi kehijauan taman linear seluas empat ekar, ianya pasti mengurangkan lelah buat mereka yang penat seharian menjelajah bandar.

Lebih menarik perhatian, 118 Mall kelak dihiasi dengan ciri air dan kubah kaca yang besar menerusi bangunan berkeluasan satu juta kaki persegi itu.

5. The Exchange

Bercirikan moden, bangunan ini dilihat sebagai pemangkin dalam pembangunan Tun Razak Exchange (TRX) bagi memacu bandar Kuala Lumpur ke arah perkembangan yang lebih maju.

 

TRX The ExchangeSumber : Google  

 

Berdiri megah dengan empat tingkat yang berkeluasan kira-kira 1.3 juta kaki persegi, ia juga mengintegrasikan taman awam seluas 10 ekar.

Pusat beli-belah itu khabarnya akan dipenuhi dengan pelbagai butik dan outlet jenama mewah dan turut memperkenalkan konsep dewan makanan Depachika dan Dairy Farm kepada pengunjung.

kl
2 years ago

Jadi Tumpuan Netizen, Tular 'Spot' Cantik Lihat Matahari Terbenam Di KL

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...