(TAKZIAH) Ibu Betty Banafe Hembus Nafas Terakhir Ketika Tidur

Berita

(TAKZIAH) Ibu Betty Banafe Hembus Nafas Terakhir Ketika Tidur

Ibu kepada penyanyi dan pelakon Betty Banafe, meninggal dunia di sebuah pusat perubatan di Johor Bahru, Johor, akibat jangkitan kuman dalam darah kira-kira jam 4.15 pagi tadi.

5 years ago

Betty Banafe Sah Diceraikan Talak Satu

Advertisement

Betty atau nama sebenar Betty Ibtisam Abu Bakar Banafe memaklumkan selain jangkitan kuman dalam darah, arwah ibunya bertarung nyawa dengan pelbagai komplikasi penyakit lain termasuk tumor otak sejak 2010.

Betty Banafe

Betty berkata ibunya Fauziyah Gholib Nagib, 82, dimasukkan ke hospital sejak dua hari lalu dan menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan tenang ketika tidur. Tambahnya lagi, ibunya pergi tanpa disedari kerana tiada bunyi seperti orang nazak.

Nafasnya terhenti dengan baik dan mudah. Disebabkan tumor otak, dia tidak merasai kesakitan dialami. Ibarat dia tahu dirinya sakit, tapi seperti tidak diendahkan.

Pelakon Hijabsta Ballet itu memaklumkan daya ingatan ibunya tidak bagus seperti ingat-ingat lupa. Malah, mukanya mula membengkak kerana jangkitan kuman dan kegagalan buah pinggang.

Betty Banafe

Menurut Betty, ketika mula disahkan mempunyai masalah tumor otak, doktor pernah meramalkan hayat arwah bertahan dua tahun sahaja.

Semoga pemergian ibu akan dipermudahkan dan mendapat husnul khatimah… Ramai sayangkan ibu.

Jenazah ibunya akan dikebumikan hari ini di Tanah Perkuburan Bukit Aliff di Johor Bahru. Allahyarham Fauziyah Gholib meninggalkan lima anak dan 18 cucu.

‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...