July 17th, 2019

Tiada angin, tiada ribut hari ini tersebar pula berita perceraian pelakon Betty Banafe dan Bruce Dargus yang sah bercerai talak satu pada 10 Julai lalu di Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru, selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Berpisah secara baik, Betty memberitahu dia redha dengan perceraian tersebut dan setiap apa yang berlaku ada hikmahnya tersendiri.

Buat Betty, kehidupan harus diteruskan dan menganggap perpisahan tersebut memberi peluang untuk dirinya berubah menjadi lebih baik.

Kalau ikutkan saya tak nak berkongsi dan tak nak mengulas lebih lanjut mengenai perkara ini tapi takut nanti ada berlaku fitnah, saya terpaksa beritahu.

Saya percaya ada hikmah disebalik apa yang terjadi dan bekas suami seorang pasangan yang baik tapi antara kami sudah tiada keserasian dan jodoh kami tidak panjang.

Betty dan Bruce berkahwin pada 8 Disember 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Julia Claire Dargus dan Bruce Dean Dargus.

Sumber Berita : mStar Online


21 responses to “Betty Banafe Sah Diceraikan Talak Satu”

  1. Rohana says:

    Jodoh tak panjang. Ada hikmah di sebalik apa yang terjadi. Yang penting anak-anak mendapat kasih sayang yang sempurna dari ibu dan bapa mereka sendiri walaupun dah bercerai.

  2. Anonymous says:

    We can plan but Allah knows best.

    Takziah kepada yang bercerai tapi tahniah sebab buat keputusan yang terbaik untuk diri u dan anak2. Not easy bercerai.Keputusan terakhir apabila hubungan tak dapat diselamatkan. Dengan pandangan umum lagi yang ikut isi perut nak cakap apa tanpa fikir. Tapi tahniah sebab tak seksa diri dan anak2. Anak2 adalah amanah Allah untuk kedua ibu bapa bukan sekadar pengikat kasih yang jadi penyebab kekal married atas alasan anak2. Kalau both parents jalankan tanggungjawab, InsyaAllah anak2 akan membesar dengan sebaiknya. Kalau cerai ini teruk, takkan agama membenarkan cerai.

  3. Noname says:

    Wow anak2 cantik dn comel,..

Loading...