Hati mana yang tidak sedih apabila orang yang kita amat sayangi pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya dan begitulah yang dialami oleh selebriti media sosial popular, Syafiqah Aina sekarang ini.
Menerusi perkongsian video pengkebumian yang dimuat naik oleh suaminya, Hafiz Mahamad, datuk kepada Aina telah pergi dijemput Ilahi pada petang kelmarin.
Semalam petang saya sampai sahaja ke rumah dari kerja, isteri beritahu atuk sudah tiada. Saya terus peluk dia sebab dia sayang sangat dengan atuk dan opah dia.
View this post on Instagram
Dalam pada masa yang sama, Hafiz turut berkongsikan kisah cinta arwah datuk Aina yang disifatkan olehnya sebagai cinta yang sejati dan dari zaman perkenalan mereka, arwah datuk dan opah Aina sering berpesan agar sentiasa membahagiakan cucu kesayangan mereka itu.
Sementara itu, menerusi kemas kini terbaharu yang dibuat oleh Aina di Instagramnya, dia mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menitipkan doa buat arwah datuk kesayangannya itu.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.