(TAKZIAH) Anak Perempuan Penyanyi Safura Meninggal Dunia

Hiburan

(TAKZIAH) Anak Perempuan Penyanyi Safura Meninggal Dunia

Pelakon dan juga peyanyi senior, Safura Ya’cob telah berkongsi berita duka di mana anak perempuanya Noor Shafiela telah kembali ke rahmatullah, semalam.

13 years ago

(TAKZIAH)Anak Safura Meninggal Dunia Kerana Demam, Al-Fatihah

Advertisement

Berita pemergian anaknya itu telah dikongsikan Safura menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya untuk tatapan peminat.

Alhamdullilah, ciuman terakhir mama buat Not. Wangi seharum kasturi. Semoga Allah tempatkan kamu anak ku Noor Shafiela di dalam syurga Allah. Amin.

Menerusi ruangan komen, ramai peminat dan juga rakan artis tampil mengucapkan takziah buat Safura di atas kehilangan anak tersayang.

Dalam pada itu, media ada cuba untuk menghubungi penyanyi lagu Sedalam Mana Cintamu itu untuk mendapatkan maklumat lanjut namun gagal.

Sekadar info, Safura mempunyai tiga orang anak iaitu Allahyarhamah Noor Shafiela, Nurul Natasha Abdul Rani dan Muhammad Daniel Khaqim Mohd Khairi, hasil perkahwinannya yang terdahulu.

Dia kemudiannya mendirikan rumah tangga bersama pelakon Sahronizam dan telah dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Yusoff,12, Zara Nur Aisyah,11, Ariana Sofia,7, dan Nur Aisyah Mariam yang telah meninggal dunia pada tahun 2011 di usia tiga tahun.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...