(TAKZIAH)Anak Safura Meninggal Dunia Kerana Demam, Al-Fatihah

Hiburan

(TAKZIAH)Anak Safura Meninggal Dunia Kerana Demam, Al-Fatihah

Marilah kita sama-sama menyedekahkan Al-Fatihah kepada anak Safura, Nur Aisyah Mariam (gambar di bawah 2 dari kiri), 3 tahun yang telah meninggal dunia kelmarin selepas Maghrib kerana demam berpanjangan sejak tiga hari lalu. Semoga Safura dan keluarga tabah menghadapi dugaan daripadaNya.

safura

Advertisement

Bukan senang untuk redha dengan kematian orang yang kita sayangi, tetapi daripada kata-kata Safura di bawah, Abang Nara dapat rasakan yang Safura menerima bahawa anaknya itu lebih disayangiNya.

Saya tidak tahu dan tidak mampu berfikir ketika itu kerana semuanya mengejut. Apapun saya menyifatkan kehilangan Mariam adalah ketentuan dan suratan buat saya sekeluarga. Saya terima walaupun hakikatnya begitu pedih untuk ditelan. Saya memang tidak tahu punca kematiannya kerana apa yang saya tahu, anak saya demam dan badannya panas sejak tiga hari lalu. Lantas Mariam saya hantarkan ke Hospital Ampang Puteri, namun ketika itu doktor hanya mengklasifikasikan demam biasa. Peliknya selepas pulang dan mengambil beberapa ubat yang diberi, suhu badannya tidak menurun. Justeru petang tadi selepas beberapa hari suhu badannya masih sama malah lebih teruk, saya bawa sekali lagi Mariam ke hospital yang sama petang semalam. Namun selepas beberapa jam dirawat, doktor mengesahkan Mariam sudah meninggal dunia dan tidak dapat diselamatkan. Jadi saya memang tidak tahu untuk menjelaskan bagaimana.

Kalau tak silap Abang Nara, jenazah telah selamat dikebumikan semalam sebelum Zuhur. Al-Fatihah sekali lagi kepada anak Safura. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman. Amin.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...