“Takyah Over Lah” – Michael Ang Buat Aksi Ghairah ‘Promote’ Drama, Netizen Persoal Motif Gambar

Hiburan

“Takyah Over Lah” – Michael Ang Buat Aksi Ghairah ‘Promote’ Drama, Netizen Persoal Motif Gambar

Baru-baru ini, tular di media sosial Instagram mengenai sebuah hantaran oleh pelakon dan pengarah terkenal, Michael Ang yang telah mengundang spekulasi orang ramai.

Menerusi hantaran tersebut, Michael dilihat melakukan aksi ghairah dengan menunjukkan reaksi muka seperti menahan sakit sambil ditarik rambut oleh seorang pelakon dari bahagian belakang.

Advertisement

Difahamkan, hantaran tersebut bertujuan untuk mempromosi drama terbaharunya berjudul Apa Dosaku 2 yang akan datang tidak lama lagi.

Bagaimanapun, aksi ‘berani’ pengarah berusia 46 tahun itu telah menimbulkan rasa kurang senang orang ramai yang rata-ratanya mendakwa gambar tersebut tidak sepatutnya dijadikan sebagai promosi.

Menjengah di ruangan komen, ada juga segelintir netizen yang mengecam Michael kerana dianggap sengaja mengundang provokasi dan mempersoalkan motif gambar tersebut.

Selain itu, pengguna media sosial turut berpendapat bahawa dia tidak sepatutnya memuat naik gambar aksi berkenaan kerana boleh mempengaruhi fikiran anak muda.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

“Dalam IG Bukan Main Julang Bidadari Syurga Dia" - Bekas Isteri Dakwa Masih Diganggu PU Abu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...