“Dalam IG Bukan Main Julang Bidadari Syurga Dia” – Bekas Isteri Dakwa Masih Diganggu PU Abu

Hiburan

“Dalam IG Bukan Main Julang Bidadari Syurga Dia” – Bekas Isteri Dakwa Masih Diganggu PU Abu

Baru-baru ini, bekas isteri kepada Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan iaitu Hana Azraa telah memuat naik beberapa hantaran di Instagram Stories mendakwa dia dan keluarga masih diganggu oleh bekas suaminya itu.

Menerusi hantaran tersebut, Hana mendedahkan Abu masih mengganggu keluarganya dan meminta bekas suami berhenti untuk berbuat demikian jika tidak mahu cerita sebenar dibongkarkan.

Advertisement

Menurut Hana, dia turut berasa simpati terhadap isteri Abu iaitu Ain Afini kerana dianggap hanya dipergunakan di media sosial.

Dalam Instagram dia bukan main julang bidadari syurga dia. Tapi in real life masih lagi kacau I dengan my family.

Bukan itu sahaja, Hana atau nama sebenar Nurhannah Azra Mohd Zakir meminta bekas suaminya itu untuk ‘move on’ kerana mereka telahpun bercerai talak tiga.

Kesian your wife. You gunakan dia dekat media sosial. Talak tiga dah Abu Sufyan. Sudah lah. Move on.

Enggan berdiam diri, Hana menegaskan dia tidak akan teragak-agak untuk membongkarkan mengenai PU Abu dan isterinya jika masih diganggu.

I dah lama gila senyap dari bercakap hal ni. Tapi bila melampau macam ni, i tak boleh diam dah. Jangan sampai I spill the tea untuk dua-dua ahli syurga ni.

 

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

abu
1 year ago

"Bila Teringat Likunya Rasa Sebak" - PU Abu Puji Isteri Tetap Setia, Menyesal Pernah Curang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...