Hangat dibicarakan ramai, aktivis Yusuf Azmi dan pasukannya menyelamatkan wanita tua yang telah dikasari seorang lelaki yang ternyata merupakan anaknya sendiri.
Kejadian itu berpunca daripada lelaki tersebut yang mengamuk disebabkan ibunya tidak mengagihkan wang persaraan kepada anak-anak sebaliknya saudara mara, Malah menerusi ‘live’ tersebut, wanita itu didengari teresak-esak menangis menceritakan anaknya turut memaki hamun dan mendoakan kematiannya.
Kenapa bagi saudara mara duit itu? Mama dah gila agaknya, dulu Mama tak macam ni.
@ezzyyll99 Membalas kepada @ezzyyll99 YA ALLAH SAMPAI MACAM TU MEREKA DERA IBU MEREKA, YA ALLAH ?? EHH WAHAI PENJUAL NASI LEMAK 4 PAGI INGAT YA JANGAN MENYESAL BILA RATU HATIMU TIADA DI DUNIA INI #nasilemak #nasilemak4pagi #semboyanmalaysia #ezzyyl99 #malaysia #viraltrending99 #viral #kesdera #dera #anakderhaka ? Sad violin – Katsuyuki Takahashi
Kata anaknya lagi, dia beranggapan ibunya terlalu banyak berubah kerana ‘buatan’ orang sampai ingin memberi wang persaraannya kepada adik-beradiknya dan bukan kepada anak-anak.
Kemaskini terbaru, mangsa warga emas itu telah ke Balai Polis Setapak untuk menyelesaikan perkara yang berlaku.
Tak pernah saya dengar orang maki emak sampai macam ni. Takut dengar ayat yang keluar dari mulut anak lelaki dia.
Warganet turut berang dengan kebiadaban lelaki tersebut. Kata mereka meskipun mempunyai bukti, ia bukan lesen untuk memaki hamun ibu yang membesarkan mereka.
Selain itu, kami kongsikan artikel ‘trending’ yang lain pada pautan di bawah.