“Mak Saya Akan Mati Ke?” – Terkena Percikan Darah, Kembar 5 Tahun Nampak Depan Mata Ibu Ditembak Di Kepala

Trending

“Mak Saya Akan Mati Ke?” – Terkena Percikan Darah, Kembar 5 Tahun Nampak Depan Mata Ibu Ditembak Di Kepala

Insiden tembakan rambang di pusat beli belah Siam Paragon, Bangkok mengorbankan dua individu serta lima lagi mengalami kecederaan.

Salah seorang mangsa yang maut merupakan pelancong wanita yang berasal dari China dan dia dilaporkan telah ditembak di kepala.

Advertisement

Menurut WeirdKaya, mangsa dikenali sebagai Zhao itu telah datang ke Bangkok untuk bercuti selama satu minggu bersama keluarganya.

Zhao, 34, mempunyai sepasang anak perempuan kembar yang turut ada bersamanya di pusat beli belah tersebut ketika kejadian berlaku.

tembak

 

“Mak saya akan mati ke?”

Lebih menyedihkan, anak kembarnya itu berada dengannya dan menjadi saksi ibu mereka ditembak di depan mata sendiri.

Difahamkan, selepas Zhao ditembak dua kanak-kanak tersebut telah berlari untuk mendapatkan pertolongan namun malangnya ibu mereka tidak dapat diselamatkan.

Salah seorang warganegara Thai yang berada di tempat kejadian berkongsi pengalamannya dan berkata dia terjumpa anak kembar Zhao yang meminta tolong.

Ibu mereka telah ditembak dan mereka tidak dapat menjumpainya (sesat). Saya buat panggilan untuk meminta bantuan. Salah seorang daripada mereka tanya kepada saya, ‘Mak saya akan mati ke?’

siam

Dia kemudian menenangkan kembar itu dan berkata ibu mereka dalam keadaan baik dan akan dijumpai tidak lama lagi namun apabila polis tiba semuanya sudah terlambat.

Ketika pihak polis memaklumkan kepada kembar berusia 5 tahun itu bahawa ibu mereka sudah meninggal dunia, dia yang berada di situ turut tidak dapat menahan sebak dan menangis.

Sementara itu, hantaran media sosial dimuat naik oleh anak saudara Zhao mendedahkan suspek memulakan tembakan dari tandas di tingkat dua Siam Paragon.

tembakan rambang
7 months ago

"Ada Orang Berwajah Sepertinya Bagitahu Siapa Yang Perlu Ditembak" - Kronologi Kes Tembakan Rambang Di Bangkok

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : WeirdKaya

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...