“Ada Orang Berwajah Sepertinya Bagitahu Siapa Yang Perlu Ditembak” – Kronologi Kes Tembakan Rambang Di Bangkok

Trending

“Ada Orang Berwajah Sepertinya Bagitahu Siapa Yang Perlu Ditembak” – Kronologi Kes Tembakan Rambang Di Bangkok

Tular di media sosial foto dan video rakaman selepas berlakunya kejadian tembakan rambang  di pusat membeli belah Siam Paragon di Bangkok, Thailand.

Suasana tiba-tiba bertukar huru hara dengan pengunjung berlari keluar dari Siam Paragon dan difahamkan suspek telah pun ditahan pihak berkuasa tempatan.

Advertisement

 

Apa yang berlaku?

Siam Paragon merupakan destinasi popular di bandar itu dan ia dipenuhi ramai pengunjung terutamanya pelancong dari luar negara.

Ketika orang ramai sedang meluangkan masa di pusat beli belah tersebut, tiba-tiba tembakan rambang berlaku dan menukarkan suasana menjadi kacau bilau.

Kejadian itu berlaku petang semalam dan pengunjung kemudian berlari keluar, ada yang menyorok di dalam kedai dan tandas kerana ketakutan.

Menurut Ketua Polis Thailand, Torsak Sukvimol, kejadian itu menyebabkan dua wanita maut (dari China dan Myanmar) makanala lima individu cedera.

Mangsa yang cedera pula merupakan tiga warganegara, seorang warga China dan seorang dari Lao.

 

Suspek merupakan remaja dan masih bersekolah

Seorang lelaki berusia 14 tahun dilaporkan telah ditahan selepas menyerah diri di lokasi kejadian dan memiliki sepucuk pistol bersamanya.

tembak

Kata Torsak, remaja yang masih bersekolah dan merupakan pesakit mental itu kini ditahan reman namun kelihatan seperti keliru dan enggan disoal siasat.

Suspek yang merupakan pesakit di Hospital Rajavithi itu mendakwa ternampak seseorang yang berwajah sepertinya dan menyuruhnya berbuat begitu.

Dia sudah lama tidak makan ubatnya. Dia kata ada seseorang serupa sepertinya memberitahu siapa yang perlu ditembak.

 

Cerita saksi di tempat kejadian

Jakkraphan Nakharisi, 29, merupakan penjual aiskrim di sebuah kedai di pusat beli itu berkata pada mulanya dia tidak tahu bahawa bunyi bising didengarinya adalah bunyi tembakan.

Tidak tahu mahu ke mana, di serta merta menyorok di belakang tong aiskrim namun dia kemudian berlari keluar kira-kira 10 minit selepas tembakan berlaku.

Ada 4-5 bunyi tembakan dan senyap. Kemudian bunyi lagi dua tembakan dan saya dengar seseorang di dalam kedai saya menjerit, ‘Ada tembakan rambang'”.

tembakSumber : AFP via Getty Images  

Pelancong dari UK, Palmyra Kownack, 61, berkata bunyi terlalu bising dan huru hara jadi orang ramai tidak tahu jika hanya seorang (suspek) atau satu kumpulan yang terlibat.

Selain itu, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) turut berada di lokasi kejadian bersama dengan isteri dan anak-anaknya ketika tembakan itu berlaku.

tmj bangkok
7 months ago

"Isteri Peluk Anak-Anak, Mereka Takut Dan Menangis" - Tengku Mahkota Johor Kongsi Detik Cemas Insiden Tembakan Di Bangkok

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : CNA

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...