“Takut Suami Mereka Disondol Saya…” – Mak Wan Dipandang Sinis Jiran Tetangga, Jadi Mangsa Kutukan Sebab Kontroversi

Hiburan

“Takut Suami Mereka Disondol Saya…” – Mak Wan Dipandang Sinis Jiran Tetangga, Jadi Mangsa Kutukan Sebab Kontroversi

Pelakon veteran, Mak Wan akui dipandang sinis dan menerima layanan buruk daripada jiran tetangganya selepas timbul kontroversi panas tahun lalu.

Kata pelakon berusia 62 tahun itu, dia sering mendengar segelintir jiran bercakap tentang dirinya ketika melalui kawasan rumah.

Advertisement

Namun, ujar Mak Wan, kutukan paling berat diterimanya adalah apabila ada jiran yang takut dia menjadi ‘penyondol’ rumah tangga mereka.

Ada wanita yang takut kalau saya merampas suami mereka. Takut suami mereka disondol oleh saya. Saya ada anak menantu, takkanlah nak buat begitu.

makwan

Dalam pada itu, dia yang dikenali sebagai Mak Wan Latah akui dirinya didekati beberapa orang lelaki berstatus suami orang di media sosial yang ingin berkenal dengannya.

Bagaimanapun, dia akan terus menyekat mana-mana lelaki yang masih beristeri dan jauhkan diri kerana tidak mahu ia menimbulkan kontroversi.

Saya tidak mahu berkawan dengan suami orang. Kita sudah ada ‘nama’ (kontroversi) nanti jadi lebih besar pula masalah yang perlu saya tanggung.

makwan

Bekas suaminya, Husain mendakwa Mak Wan mempunyai akhlak yang tidak baik kemudian seorang wanita yang merupakan bekas PA mendakwa aktres itu melakukan sihir kerana cemburu.

Dua kontroversi besar membabitkan Mak Wan pada tahun lalu memberi kesan besar buatnya sehingga dikatakan sudah tidak menerima tawaran berlakon.

mak wan latah
7 months ago

"Mungkin Sebab Kontroversi Tu, Orang Dah Tak Percaya Saya" - Mak Wan Menangis Merayu Penerbit Bagi 'Job' Berlakon

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...