“Mungkin Sebab Kontroversi Tu, Orang Dah Tak Percaya Saya” – Mak Wan Menangis Merayu Penerbit Bagi ‘Job’ Berlakon

Hiburan

“Mungkin Sebab Kontroversi Tu, Orang Dah Tak Percaya Saya” – Mak Wan Menangis Merayu Penerbit Bagi ‘Job’ Berlakon

Pelakon veteran, Mak Wan menangis berkongsi nasibnya yang tidak lagi mendapat mana-mana tawaran berlakon sejak lebih kurang setahun yang lalu.

Kata pelakon berusia 62 tahun itu, dia buntu dengan ujian ini namun tetap cuba mencari jalan untuk meneruskan kehidupan seharian dengan menjalankan perniagaan.

Advertisement

Mak Wan atau Halimatussa’diah Mohd Daud turut merayu orang ramai untuk menyokongnya dengan membeli sambal dijual di sebuah acara di Taiping, Perak sehingga Oktober nanti.

Saya sudah tidak menerima sebarang tawaran lakonan hampir setahun. Itulah orang tiada dekat dengan kita, orang tidak tahu apa yang kita alami sebab kita sudah biasa berlakon dan bekerja.

makwan

Tambah Mak Wan, dia tidak menyangka akan diduga sehingga sebegini dan mengenang suatu ketika dahulu ketika masih menerima tawaran berlakon sehingga dapat menghantar ibu ke Mekah.

Saya sangat sedih sebab memang tiada siapa hubungi saya tapi saya reda. Kenapa jadi begini? Dengan kontroversi lagi, macam-macam yang saya lalui. Dengan rumah tangga saya difitnah.

Mak Wan juga berasa tidak adil apabila dirinya diuji sebegini sedangkan dia tidak menganiaya sesiapa dan berharap agar ada penerbit yang mengasihaninya serta memberikan peluang berlakon.

Saya hanya nak ‘job’ saja, tidak pernah curi ‘job’ sesiapa pun. Inilah yang saya tanggung dalam setahun ini. Jujur saya perlukan kerja, sekurang-kurangnya saya tidak penat berniaga.

Mak Wan Latah
1 year ago

"Saya Dah Tak Ada Duit" - Mak Wan Latah Sedih Tak Ada 'Job', Kini Cari Rezeki Di 'Uptown'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...