“Takut Pejam Mata Dia Datang..” – Masih Trauma Dengan Kes Rompak, Kak KM Rancang Ambil ‘Bodyguard’ & Pindah Rumah

Kehidupan

“Takut Pejam Mata Dia Datang..” – Masih Trauma Dengan Kes Rompak, Kak KM Rancang Ambil ‘Bodyguard’ & Pindah Rumah

Usahawan sensasi Kak KM meluahkan rasa syukur apabila barang-barang berharga yang sempat dilarikan perompak telah berjaya ditemui semula oleh pihak polis baru-baru ini. Menurutnya, kejadian perompakan itu memberi kesan yang besar terhadapnya dan keluarga.

Menyebabkan trauma

Menurut Kak KM, dia mengakui hal tersebut membuatkan dirinya trauma hingga takut untuk tidur malam. Tambahan pula, dia juga merancang untuk mengambil pengawal peribadi sekaligus pindah dari rumah tersebut sebagai langkah berjaga-jaga.

Advertisement

Saya masih trauma dengan kejadian yang berlaku. Sampai sekarang tak boleh tidur malam. Takut pejam mata dia datang, walaupun sekarang mereka sudah ada dalam penjara.

 

Saya sekeluarga akan pindah rumah selepas ini. Rumah yang sedia ada saya akan pastikan semua pintu dan tingkap ditutup.

 

Sebagai langkah keselamatan, saya juga merancang nak ambil pengawal peribadi dan pemandu untuk ikut saya ke mana saja selepas ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Liana Rosli (@lianarosli_official)

Dirompak ketika rumah kosong

Dalam pada itu, anak kepada pelakon veteran Norman Damanhuri ini turut memberitahu perompakan yang berlaku sudah dirancang awal dan rapi. Katanya, ia berlaku ketika rumahnya kosong dan CCTV yang ada juga telah dipotong.

Perompak yang terdiri daripada empat orang itu juga mengaku mereka merupakan followers Kak KM.

Saya sekarang sudah tak percaya pada sesiapa pun. Ia pengajaran supaya saya kena sekat semua benda selepas ini.

 

Saya juga tak boleh tunjuk sangat apa yang dimiliki. Rumah baru nanti mungkin saya tunjuk dalam rumah saja.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Liana Rosli (@lianarosli_official)

Terdahulu, polis berjaya menahan empat suspek serta menemukan semula peti besi yang dilarikan, selain dari empat jongkong emas, barangan kemas, beg berjenama serta wang tunai. Kemuanya dianggarkan berjumlah RM2.1 juta.

kak km
10 months ago

(VIDEO) "Kalau Aku Buka Pekung Ni, Ada Juga Bercerai Kejap Lagi Ni" - Luah Rasa Kesal, Kak KM Tujukan Untuk Siapa?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...